Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam ukhuwah buat pertama kalinya to all readers. :)
Alhamdulillah. Akhirnya tercapai hasrat untuk mebuka blog baru ini. Ini bukanlah blog pertama saya, malah ini merupakan jilid yang ketiga. Kenapa ketiga? Awat banyak sangat blog dia nih? Banyak ceritanya, yang mungkin akan saya bongkarkan dari semasa ke semasa. Hehe, mungkin. Bersempena tajuk blog, saya abadikannya pada entri pertama ini.
A Destined Journey
Seperti yang semua orang percaya, khususnya buat yang beragama Islam, dunia ini merupakan sebuah persinggahan bagi kita semua untuk ke destinasi yang lebih hakiki iaitu Negeri Akhirat. Dan perjalanan setiap manusia di muka bumi ini sebenarnya telahpun ditentukan oleh Ya Rabb di Lauhul Mahfudz. Sama ada di sepanjang perjalanan kita ini, kita akan ke kiri, ke kanan, jatuh bangun, semuanya telah tertulis. Tinggal kita melaluinya sahaja. Namun, perjalanan kita ini tidaklah semudah yang disangka. Terlalu banyak yang akan kita jumpa di pertengahan jalan yang akan mengisi kehidupan kita yang sebenarnya sebuah perjalanan. Dan bagaimana caranya kita mengisi perjalanan kita supaya kita bersenang-senang di Negeri Akhirat.
Allah berfirman; Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat (51:56)
Dan kita tertanya-tanya, untuk apa pula beribadat sedangkan katanya perjalanan menuju ke sebuah destinasi. Katanya sudah tertulis semuanya, tinggal jalan sahaja. Benar, semuanya telah siap, tetapi kita boleh memilih, kerana di Negeri Akhirat nanti, terdapat dua pengakhiran iaitu syurga yang penuh kesenangan dan kenikmatan, juga neraka yang dihiasi api dan azab. Naudzubillah. Semoga kita semua, saya dan sahabat, tergolong dalam golongan yang dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ameen.
Harapan saya, semoga saya dapat berkongsi ilmu dengan sahabat sekalian tentang apa yang saya dapat. Dan mengharap sahabat semua sudi menambah apa-apa yang kurang. Semoga usaha saya ini mendapat sokongan sahabat-sahabat sekalian dan sudah tentu redha Allah s.w.t yang paling saya harapkan. Jihad fisabilillah. Semoga ilmu yang kita ada makin bertambah dan ilmu yang kita kongsikan menjadi sumber pahala buat kita apabila dipanggil pulang oleh Ya Rabb, InsyaAllah.
Allahu'alam.
Allahu'alam.
p/s : pilihlah jalan-jalan yang membawa kita ke syurga. ^.^
awak.blog baru.:)
ReplyDeletehehe..haah..ade hala tuju..insyaAllah..taknak tulis mengarut2 dah.. :)
Delete